expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
Showing posts with label something worth to share. Show all posts
Showing posts with label something worth to share. Show all posts

Friday, 30 August 2013

a little something


watch Improv Everywhere on youtube. You'll get what i'll talk about.

Bayangkan anda baru habis kelas. Baru lepas penuhkan otak dengan segala ilmu yang dicurahkan lima minit lepas. Berfikir, bilalah masa aku nak apply segala benda tu dalam hidup.

Boleh bayangkan?

Masa tengah jalan tu, mungkin menuju ke tempat perhentian bas. Atau bagi sesiapa yang punya kenderaan, menuju ke tempat letak kereta mungkin.

Dan dalam perjalanan anda ke situ, dengan penuh pening di kepala. Hanya bayangkan katil yang tersedia menunggu anda untuk merasmikannya... tiba-tiba...

Orang awam yang rawak memetik skrip dari trilogy terkenal Lords Of The Rings.. dan melaung..

"One does not simply enters Mordor"

Dan  seorang lagi orang awam nun jauh di hujung anda berteriak pula,

"You shall not pass!!."

Orang awam itu lengkap berjanggut dan memegang sebatang tongkat putih. Dalam kepala anda sudah terbayang aksi Gandalf The Grey menghalang Raksasa dari mengapa-apakan pembawa cincin ke Mordor.

Dan dalam diam itu, sambil mereka mementaskan drama sebabak dengan beberapa lagi 'orang awam', anda membutirkan senyum. Lupa segala beban yang melanda. Memikirkan, adanya kalian yang boleh buatkan ku ketawa.

Bukan anda seorang sahaja, malah turut ada penonton yang mengeluarkan telefon pintar masing-masing untuk merakam kejadian yang jarang sekali berlaku itu.

Apabila anda dengar ayat...

"Mr. Frodo. Don't do it." .. anda tahu Frodo dan Sam sudah di tebing gunung berapi Mordor. Dan ini kemuncaknya..

Suspens melanda kawasan sekitar anda. Dan anda dengar Smeagol menjerit..

"My precious!!" dengan teriakan seolah seluruh tubuhnya terbakar, dan orang menjerit keriangan. Middle Earth sekarang aman...

Orang ramai memberi tepukan yang gemuruh. Anda tentu sekali. Dan kini anda masih tersenyum. Meneruskan perjalanan ke arah kenderaan anda. Mengharapkan, ramai lagi 'orang awam' yang akan menceriakan hari anda.

That is how good Improv Everwhere is, and I hope, somebody in Malaysia can do it too.

Be nice too people. They'll appreciate that.

Sunday, 30 June 2013

waktu berlalu


dulu kakak tanya

"babah,benda gegulung tu apa?"

babah jawab

"tu ulat gonggok..tengok tu dia gulung-gulung badan dia"

kakak tanya lagi

"kenapa dia gulung babah?"

babah senyum

"sebab tadi kakak usik dia...dia nak protect diri dialah"

..."mcm babah protect kakak?"

.."tau pun."


lama kakak tanya lagi

"babah, boleh tak kakak nak pegi jenjalan dengan kawan?"

babah pandang kakak..tapi babah tak senyum.

"nak pergi dengan siapa? dah bersiap baru nak bagitahu babah!"

kakak kuis kaki.

"alah,kakak keluar dengan kawan kakak je.perempuanlah bah."

babah turunkan surat khabar yang babah tengah baca.

"babah tak kasi kakak keluar. haritu baru je kita keluar kan?nak buat apa dekat luar tu.."

....."babah ni! kakak bukan buat apa pun..jenjalan je.."

....."kakak!dengar cakap babah!"

....."babah suka control kakak!"

kakak lari masuk bilik.

....."kat luar tu bahayalah kakak."

babah pandang ibu yang dari tadi duduk perhati.


dah lama berlalu.

"babah,kita nak pergi mana ni?"

babah senyum pandang kakak yang tengah drive.

"pergi rumah kawan babah."

kakak bagi signal masuk kiri.

"kenapa tiba-tiba? bukan raya ke hapa."

babah gelak.

"babah nak kenalkan anak lelaki kawan babah dengan kakak."

kakak pandang babah dekat sebelah.

"biar betul bah.. kenapa tak cakap dengan kakak dulu."

...."kenapa?kakak dah ada calon ke?"

...."takdelah...tapi.."

...."babah dah tak boleh nak jaga kakak lagi.. babah dah tua."


lepas kakak kahwin..ada hidup sendiri. babah sakit.

"babah,biar kakak jaga babah ye. babah pindah rumah kakak."

babah pegang tangan ibu.

"babah nak duduk rumah babah..buat apa babah nak kacau kakak."

..."mana ada babah kacau kakak."

..."babah senang duduk sini.."

babah senyum sambil pandang suami dengan anak lelaki kakak.

..."...lagipun babah tak payah risau pasal kakak lagi."


dari awal hingga akhir hayat seorang bapa.dia hanya mahu yang terbaik buat anaknya.

happy fathers day. im late, i know.


Sunday, 12 May 2013

steps to love

Love itu luas.
tak boleh dihitung area, volume , density , mass..apatah lagi velocity.
gunalah formula integration atau differentiation.takde dalam mana-mana skema jawapan

Love bahasa inggerisnya.Bahasa melayunya sayang,cinta,kasih dan banyak lagi kut..tak cukup berguru.
bahasa cinanya ai. jepun pulak ai, koi .Tak nak jugak lupa koreanya sarang.sepanyolnya amore ,taime pulak perancisnya.Ah sudah, aku beri lesson bahasa antarabangsa pulak *insert smile*

The world will be a better place if we love each other.That's the ultimate truth.Heh- bukan nak kata love ni just between a boy and a girl, in a family with friends and etc.Dengan makcik jual burger pun kita boleh jalin love ni..betul *insert senyum ikhlas* Apatah lagi dengan idol yang dekat tv tu *cough *kame * cough*

Nak sayang orang kena sayang diri kita dulu.How? untuk aku yang dah 18 tahun hidup *cough* aku sayang diri aku dengan buat apa yang aku suka, meaning happy kan diri sendiri dulu.Bila aku lapar,aku makan.Aku penat, aku tidur.rasa nak berjalan,pack my bags and leave..Itu cara aku.Then, knows my flaws and accept it.Be proud of it.Takyah nak rasa rendah diri sangat.Kau gemuk ke, rendah ke, tak pandai ke..hei, that is you.Kau perfect dengan apa yang kau ada. okay.

Kemudian. respect.Kau sayang ibu kau, kau mesti respect dia kan? Kau respect cikgu kau. kau mesti sayang dia kan? Okey,soalan aku tujukan pada ' kau' , tapi bagi aku bila aku sayang aku respek dan bila aku respek, aku sayang. Heh! Respek itu terletak kepada peribadi,perilaku.Kau seorang pekerja yang jujur, tak pecah amanah.Collegue respek kau.Dalam masa yang sama mesti bos kau sayang nak lepaskan kau dari bekerja dengan dia.Ada sorang nenek ni baik dengan kau,budak yang selalu datang rumah dia sementara nak tunggu van nak hantar balik kat rumah.Kau respek dengan dia sebab melayan anak entah sapa lah comot-comot baru habis sekolah.Siap bagi air milo sejuk lagi.Mesti kau pun cakap 'sayang nenek ni', kan?

K sudah.

Last bagi aku buat time ni, beritahu.Beritahu kita sayang dia.Yes,action is louder than words. Tapi kalau action tak sememeh apa cerita?Contoh esok hari lahir kawan kita.Lepas tu malu sangat kononnya kita just letak hadiah yang kita dah beli tu atas meja study dia.Kalau ada nama takpe,buatnya kau banyak makan semut lupa nak letak nama kau.Sampai ke tua dia tak tahu kau bagi.Mesti kawan kau tu macam ;dia ni kasi hadiah tak cakap pape pun', dia fikir yang hadiah tu cuma macam kewajipan je centu la.Berbanding dekat kau pegi bilik dia cakap 'woi. hepi bday si gila!Aku sayang kau doh.Best friend forever dude!' * okey ayat E tatabahasa* even takde hadiah ke hape dia konfem terharu punyalah. Okey aku bagi contoh lagi common lah.Yang kononnya korang yang dalam friendzone tu..konfem ke dalam friendzone, ntah-ntah sebab korang tak bagitahu je.Alah text ada,Wechat ada. line ada, watsapp ada ..perlu ke aku cakap lagi? hemm BBM aku tak cakap sebab aku takde BB.

basically panjang- panjang ni sebab nak cakap ni je. Ibu, selamat hari ibu.Juwa sayang ibu.ibu yang terbaik dalam hidup juwa. Lain kita borak kat dapur okey.


\




Eh Eh , kenapa ada kame? *insert flirtatious smile*

HAHAH!

Saturday, 19 May 2012

arigatou sensei!

Assalamualaikum and heya readers!!
I know its kinda late.. teacher's day dah lepas 3 days ago.Tapi it is worth it to say ThankYou teachers walaupun lambat.

You see, there is a lot of teachers out there.Yang perangai garang gila,sempoi gila,cool gila,skema gila and semua lah.Tapi an,semua cikgu ni ada peranan yang sama.. that is educating the children.Children pun ada banyak perangai jugak.. rajin gila,malas gila,degil gila,baik gila and semua jugaklah. HAHAH! *what on
earth am i saying?*


So, to all teachers out there *even yang bakal jadi* a big THANKS from me.Keep it up untuk terus mendidik kami, anak2 tak cukup ilmu ni. Moga2 pasni tade lagi anak2 yang kurang ajar.*ehh?*Especially cikgu..

  •  PASTI '99. 
  • Tadika Kemas '00
  • Sek.Keb. Teluk Gong '01
  • Sek.Keb. Sungai Buluh '02-'03
  • Sek.Keb Ayer Limau '04-'06
  • Sek. Men.Sains Muzaffar Syah '07-'11
Yang the most saya hargai are the teachers during my secondary school lah f course.Sebab,that is the only school yang aku duduk lama gila.And surrounded by the teachers/wardens 24/7. *except time balik rumah lah* They are the person yang supported me in everything that i do.They are the person yang aku pakat2 bergurau dalam bilik guru tu.They are the person yang marah aku bila buat something yang ridiculous.They are the person yang bentuk aku to what i am today :))

Cikgu,sory time 2010 batch Superism gave you all the worst teacher's day present.99% of the boys berdiri dekat astaka tu are superism. *kantoi fly* ...

But Teachers, during SPM Superism.. i think you all deserve to have the SET as your teacher's day present..kan??:')..* the best result of all time*

Thanks a lot teacher for believing in every one of us.Bak kata cg yati.. i know you all can do it.Work together in your batch.Alhamdulillah..

I love you guys.


I wish to be a teacher time kecik2 dulu.Tapi tak jadilaaa.. HAHAH!Kbhai

Ntahpapelah aku ni.

Tuesday, 15 May 2012

I love you :')

Assalamualaikum and heya readers!!

Ibu, kita sayang ibu.Thanks for everything..mmuah mmuah. Kalau nak tulis how much i owe you.. sampai kiamat tak habis.Soo,let my actions show you how i adore you,not my words.Sebab lidah ni mmg senang nak luncurkan kata2 yg tak sepatutnya.As for example,bila ibu suruh jemur baju...lidah nak je kata malasnyaaa.. tapi sambil tu kaki dah jalankan tugas dia dan melangkah ke mesin basuh.Macam tu lah lebih kurang.

HAHA! dengar ni dalam radio..

HADIAH YANG TAK SEPATUTNYA DIBERI TIME MOTHER'S DAY
  1. buku how to lose weight in 30 days *ni nak kena pancung berani buatlaa*
  2. mug yang tulis I love you dad.. *LOL!its mother's dayyyy*
  3. setup meeting between your mum and your father's ex-(s).. *nak hidup esok hari,bek jangan buat*
Hari ahad ni,i spent time masak tengah hari dengan my mum.HIKHIK..osem tak?? *telur masak kicap je pun*
Tapi i dont care!Bukan senang nak masuk dapur tahu.. *dengg,pecah rahsia* HAHAH! Jgn risau to my husband-to-be nnt sebelum kita kawen i belajar masak okayh!



HAHAHA!

This is for u ibu :')





i know its a birthday song..but abaikan yang tu XDXD.HAHAHA!Kbhai

p/s:phineas and ferb is osemmm!!!

Ntahpapela aku ni.