expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday 1 June 2016

Fuhh fuhh. Berabuk sangat ni

Assalamualaikum.

2 tahun tinggal benda ni. Tak caya? Tengok tarikh entry before this please.
So, after 2 years,
My opinion own my own blog,
Just one word.

Cringe.

Serius kelakar bila baca balik hasil nukilan 2 tahun lepas. time tu konon-konon nak jadi novelis, tu yang karang cerita, ayat siap berbunga-bunga.

Tapi sekarang ni,
After spending 2 years of writing scientific reports and less on reading books yang berupa novel or fantasy, kebolehan Najwa untuk karang ayat berbunga macam retarded sikit.
Adakah ini namanya 'matang'? Hahahaha.

Tapi bukanlah nak kata novelis yang buat ayat berbunga tak matang. It's more on the content yang cuba dipertengahkan oleh penulis.

And ironically, Najwa sekarang ni takde content.

Ni pun sebab tengah cari info on coral cover and terjumpa blog senior. Thus, Najwa pun tekanlah button sign in tu.

Speaking of content,
I'm having the best time of my life. My family, my school and my whole being . I learnt how to bersyukur after each and every fall, look on the positive side and still can behave like a kid.

With new mindset, rasanya macam nak resume menulis macam dulu-dulu. Tetiba rasa macam nak overshare dengan strangers on the internet.

ps: my love life is still the same.

Wednesday 22 January 2014

*fireworks*

2013 is somehow bittersweet for me.

Tiba -tiba, 2014 datang.
Eh, sekejap betul kan?

Dalam masa setahun, banyak betul benda jadi. Pleasant or not , it happened. During this one year , people come and go as they pleased. Tak tahu yang orang kat sini , hati dia macam- macam warna ada.

To those who left,
Hidup baik- baik. make your dream, a reality (whatever that is). Just want to let you know that, you were once, a part of my life... which,
whatever the reasons are, now, it's gone.
Sedih memang ada, rasa diri tak sempurna,
tak cukup baik, tak cukup hebat,
kalau nak kata kawan selamanya.

But, like i said,
You were once a part of my life, which will never be easily erased or forgotten.
Those things we shared,
are real.
Those things we chatted about,
are real.
My feelings during that time,
are real.

And i hope, when the time come for us to meet again, i'll have the courage to once more say 'hi' to you.
As so do you.


To those who come,
Kita mungkin tak tahu of what ahead of us, but know that, this tiny heart of mine
is easily swayed.
For some reasons, i tend to easily cut people off.
Please.
Please.
Please.

Don't let me easily cut you off.
I hate endings, so might as well never start anything.. and that's what i thought
Well, i'm wrong.
Salah betul falsafah tu. Everything that bound us to the reality is, the every little things in life.

So, be aware that, i am going to listen to everything you say
Walaupun in the end, i react none.
i am going to do every crazy things you do
Sebab i know i'll be crazier than you do
i want to help loosen your burden
Sebab, deep down i think, you'll do the same too.

I'm weird and awkward
Let's be weird and awkward together?



And i just have the idea of,
Why don't you just approach a person that you like.
Say it directly that you love them.
And not be afraid of rejection.
But then i thought,
Human heart, is fragile afterall.

(some person, 2014)



Saturday 19 October 2013

cekodok?

Salam.
Tak pandai ah nak tulis lagi. Clueless nak tulis apa. Pernah rasa tak macam ni? Of course pernah, tipu ah tak pernah.

Kalau dulu time sekolah, kalau masa buat karangan tu lah paling syok sebab ada je benda nak tulis. Kengkawan siap nak pinjam lagi kot (buat rujukan lah konon- padahal copy sebijik-sebijik. Just tukar perkataan je). Tapi the main point is, saya ada idealah sampai orang lain nak copy bagai. Thus, tercetuslah title yang langsung tak ada kena-mengena dengan entry ni.

Tapi nak ikutkan ada lah jugak kena-mengena. Just tak banyak. Hari tu U saya ada buat satu program nama dia 'sembang cekodok'. (serius nama dia sembang cekodok). Semua pelajar dijemput hadir. Ada goodies diberi, makanan percuma and kemunculan Imam Muda Asyraf and Fizo Omar. Yada yada, semua orang nak datang sebab Fizo Omar. No butthurt please. Tak ada nak condemn sesiapa pun. Saya nak cakap yang niat saya datang tu semata-mata nak makan free. Hehz.

Dan saya tak dapat makan free. Case is closed. 

And disebabkan saya tak dapat makan free malam tu (due to some reasons). Ada orang belanja saya KFC. Dan gladly i accepted it. Orang beri kita menerima. Thanks awak yang manisss. 


Raya korban hari tu, saya betul-betul merasa mengorbankan sesuatu yang sangat berharga. Si Mok. Kucing comel yang paling saya suka dalam batch dia (generasi ketiga). Angah nak bagi Mok dekat pengarang jantung dia. Sebab pengarang jantung dia pun suka Mok. Abeh den ni canno? Den nak jugak main Mok ha tiap kali den balik cuti? Ekau tak kesian apo kek den ni ha? (okey, nampak sangat patah hati dekat situ)

Angah balas, takpelah. Ni kan pengorbanan.

Sebelum Mok dibawa pergi, sempat ambil satu dua gamba. Mula-mula tu tak ada feeling pun nak lepaskan Mok. Tapi bila tahu Mok dah tak ada kat situ. Meleleh jugak setitis dua air mata ni. Ibu kata, alah, takpelah.Kan ada lagi sebelas ekor ni. 

Yang sebelas ni tak sama dengan Mok yang satu.



Minggu depan ada tiga test. Life process, bio population and introduction to the earth. Test introduction to earth hari tu saya dapat lulus takat hidung mancung je ni ha. Tapi kira exception ah kot, sebab saya tak tahu langsung akan ada test hari tu. (more to tak ingat kot). Naik bas je tetiba nampak kawan rajin baca nota.


Awat rajin hang baca nota dr Aye ni?

Hari ni kan ada test.

Ehh, sirius lee?

Kau tak tahu ke?

Senyap 30 saat.

Come on. Cerita dekat aku Big Bang, and The Solar System bagai.

Ok. Masuk minerals jugak tau.

I'm so dead.

Muka dah buat terperanjat habis dah ni. Kalau keluar iklan dah kena tampal dah. Tak sanggup orang nak tengok. Kot-kot tengah makan muka tu keluar tv, tercekik segala makanan yang ada dekat kerongkong tu ha. Sila facepalm sebelas kali.

Maaflah, tahun ni baru 9 entry je yang mampu buat. Now its October. Jadi rekod kot nanti, less than 15 entries per year.. Hahaha.


Ntahpapelah aku ni


Friday 30 August 2013

a little something


watch Improv Everywhere on youtube. You'll get what i'll talk about.

Bayangkan anda baru habis kelas. Baru lepas penuhkan otak dengan segala ilmu yang dicurahkan lima minit lepas. Berfikir, bilalah masa aku nak apply segala benda tu dalam hidup.

Boleh bayangkan?

Masa tengah jalan tu, mungkin menuju ke tempat perhentian bas. Atau bagi sesiapa yang punya kenderaan, menuju ke tempat letak kereta mungkin.

Dan dalam perjalanan anda ke situ, dengan penuh pening di kepala. Hanya bayangkan katil yang tersedia menunggu anda untuk merasmikannya... tiba-tiba...

Orang awam yang rawak memetik skrip dari trilogy terkenal Lords Of The Rings.. dan melaung..

"One does not simply enters Mordor"

Dan  seorang lagi orang awam nun jauh di hujung anda berteriak pula,

"You shall not pass!!."

Orang awam itu lengkap berjanggut dan memegang sebatang tongkat putih. Dalam kepala anda sudah terbayang aksi Gandalf The Grey menghalang Raksasa dari mengapa-apakan pembawa cincin ke Mordor.

Dan dalam diam itu, sambil mereka mementaskan drama sebabak dengan beberapa lagi 'orang awam', anda membutirkan senyum. Lupa segala beban yang melanda. Memikirkan, adanya kalian yang boleh buatkan ku ketawa.

Bukan anda seorang sahaja, malah turut ada penonton yang mengeluarkan telefon pintar masing-masing untuk merakam kejadian yang jarang sekali berlaku itu.

Apabila anda dengar ayat...

"Mr. Frodo. Don't do it." .. anda tahu Frodo dan Sam sudah di tebing gunung berapi Mordor. Dan ini kemuncaknya..

Suspens melanda kawasan sekitar anda. Dan anda dengar Smeagol menjerit..

"My precious!!" dengan teriakan seolah seluruh tubuhnya terbakar, dan orang menjerit keriangan. Middle Earth sekarang aman...

Orang ramai memberi tepukan yang gemuruh. Anda tentu sekali. Dan kini anda masih tersenyum. Meneruskan perjalanan ke arah kenderaan anda. Mengharapkan, ramai lagi 'orang awam' yang akan menceriakan hari anda.

That is how good Improv Everwhere is, and I hope, somebody in Malaysia can do it too.

Be nice too people. They'll appreciate that.