expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, 20 April 2013

hikari

Assalamualaikum.

heya!Lama tak tulis dekat sini.Dan tak confirm akan terus berada dekat sini.Kenyataannya saya malas sangat.Tak tahu kenapa nafsu nak menulis sangat takde.

Padahal kalau tengok orang lain,setiap minggu ada update.Bagi saya menulis kat sini hanya untuk kepuasan diri sendiri.Teehee..

Cerita terbaru..hmm, saya dah habis asasi.Okey itu satu pencapaian okey.At first saya langsung tak rasa boleh survive duduk sana.Sebabnya saya malas sangat. *so sapa yang dapat PASUM tu jangan malas-malas tahu!* Itupun rasanya boleh survive 2 sem ni sebab saya struggle time akhir-akhir tu.Kita kena pandai rancang tahu!HAHA! *cakap macam pro*

Thanks buat kawan-kawan yang ada dengan saya sepanjang berapa bulan ni.Walaupun saya kata saya takde feeling sebab kita bersama setahun je.. truth to be told,saya rindu anda.Ye! anda..HAHA! Dengan sabar anda semua layan kegilaan saya terhadap mamat Jepun tu.Dengan sabar anda yang layan saya time hyper.Dengan sabar anda layan saya time saya takde mood.I truly appreciated that.

Walaupun saya tahu mungkin anda tak baca blog saya.. cuma nak cakap..saya sayang anda.



P1 i just love us very much!

Nak bagi tahu saya ada buat livejournal.And dekat sana saya cakap only about my fandom.Do come and visit.Ada dekat link FLY kat sebelah ni.Enjoy~

Ntahpapelah aku ni~

Sunday, 16 December 2012

jalan terus,pandang depan

:>

***
Haa..dia kata dia tak kisah tapi sebenarnya dia memang kisah.
Dia kata dia tak rasa apa, tapi hati dia rasa luka.
Meraka yang lainnya..macam tak tahu apa dia rasa.Atau mungkin lebih kepada tak nak ambil tahu.Atas alasan dia pun tak ambil tahu pasal mereka yang lainnya.

Hmm, dia ada mengalirkan air mata.Tapi sebentar cuma.Kenapa perlu sibuk sedih tentang orang yang tak pedulikan dia..padahal dia harus sibuk dengan orang yang sayangkan dia.Nun jauh di Melaka.
Itu apa yang dia tanam dalam kepala.Hakikatnya, dia masih begitu juga.Kasihan.

Kata mereka yang lainnya, dia dah berubah mungkin.Tapi bagi dia, mereka yang lainnya itu yang membuatkan dia berubah.Apa boleh buat? 3 tahun bersama , dia rasa bagai tak penting kepada mereka yang lainnya.Atau mungkin dia sendiri yang tak penting itu,maka boleh ditukar ganti sesuka hati.

Ya,dia dulu pernah kata. 'Aku sayang dia'. Apa agaknya kata mereka yang lainnya?

***

Alhamdulillah,dah 18 tahun dia diberi nikmat kehidupan.Heh,seminggu sebelumnya..dia rasa tak mungkin sesiapa pun ingat akan tarikh itu.Dan dia dah bersedia mentalnya. 'Aku tak penting' monolognya.'Buat tuli saja pada tarikh itu' fikirnya. Cuma dalam diam sahaja panjat syukur kepada yang Maha Esa.Harap dia, pada umur mendatang dikurangkan beban perasaan, dipermudahkan segala urusan.

Ya, dia harus sedar. Masih ada yang sayang dia. Dia pernah tinggal dalam rahim wanita itu. Dia pernah dipeluk, dicium, dicubit ,didukung... oleh orang yang sayangkan dia.Bukan tu saja..yakinnya, sudah tentu suami wanita itu sayangkan dia juga.Hah,bertambah bilangan orang yang sayangkan dia.

Sepuluh minit sebelum tepat masuknya hari baru, ada yang ucap selamat untuknya. Tambah lagi seorang.  minit kemudian, bertambah lagi orangnya.Tak disangka..datangnya dari orang yang baru saja dikenali.Dan begitujuga seterusnya.

Baru dia nampak , di depan dia masih banyak wajah baru. Masih banyak benda baru.Masih lalu jalan berliku.Masih perlu berhati biar tak jatuh terluka siku.Dia perlu, jalan terus, pandang ke depan, langkah berhati.. bersyukur dengan nikmat yang diberi.



Salam menuju hari esok.





Monday, 1 October 2012

tomyam sedap inad cafe


Dia pesan nasi putih,tomyam pedas sahaja dari inad cafe.Kedai makan yang selalu dia kunjung selepas maghrib untuk mengisi perut yang berkeroncong sejak petang tadi.Tomyam itu dia rasa paling sedap setakat ni berbanding jutaan menu yang makcik inad sediakan.Entahlah,mungkin kerana tekaknya hanya mampu menerima rasa pedas dan masam buat masa ni.

Diambil sebatang pensel dan secebis kertas yang sudah disediakan.Teliti dia menulis pesanannya satu persatu.Biar si tukang masak juga teliti dengan pesanannya.Bukan cerewet,cuma dia dah bosan bila si tukang jual mengcampur adukkan pesanan dia.Sungguh!

Senyuman ikhlas diberi tika menghulurkan kertas pesanan itu.Moga si tukang masak mendoakan yang baik2 buat dia.Langkah diatur rapi ke arah meja makan yang tersusun di kafe itu.Dia pilih tempat duduk yang majoritinya perempuan.Dia berseorangan,dia selesa begitu.

Telefon samsung yang baru 4 bulan digunakan itu berbunyi menandakan ada panggilan masuk.Lebar senyum dia bila baca nama pemanggil.Umahku.Panggilan dari ibu tentunya.

'assalamualaikum.'

'waalaikumsalam.kaklang sihat?'

belum apa2 lagi perihal kesihatan dia yang disoal.Mana taknya,sepanjang hujung minggu dulu dia habiskan dirumah gara2 demam yang tetiba menjengah ditambah dengan muntah teruk hingga lembik tubuh dia.

'alhamdulillah,kaklang sihat bu.Tengah beli makan ni'

'oh,yeke.ibu risau kaklang tak makan.Nanti perut masuk angin.Angin tu yang tak baik sampai muntah2 tu.'

'Ye bu,dah order dah ni.Tinggal nak ambil pastu makan je bu.'

'Yelah,kaklang makan elok2,kesihatan jaga.Awak tu nak belajar.Dah,ibu nak pegi ketuk angah pulak.Tak telefon sejak hari tu lagi.'

'okey bu'

'bye sayang.assalamualaikum'

'waalaikumsalam bu.bye.'

Senang hati dia dengar suara ibu.Hari ni saja dah 2 kali ibu telefon hanya nak tanya dia makan ke tidak.Hah.Silapnya sendiri sebab tak jaga aturan makannya dulu.

Pandangan ditebar ke sekitar kafe.Nampak sekumpulan budak perempuan sedang makan sambil bergosip.Alahai,kalau dia bersama kawan2 nya tentu perkara sama berlaku.Pandang ke satu sudut dia nampak si uda sedang berborak dengan si dara sambil menyedut bandung cincau yang dh tinggal sedikit tu.Bergelak ketawa bagai pasangan bahagia.Hah.Dia biarkan saja.Bukan mereka mengacau hidup dia.

Sedang asyik dia pandang satu persatu telatah manusia,dia turunkan pandangan bila matanya terpandang si baju kuning bermata coklat.Meja silver itu dipandang tekun,tak berganjak.Segala kesan kotoran yang tadi tidak kelihatan kini nampak seperti dah lama meja itu tak dikemaskan.Akhirnya dia memutuskan untuk mengambil pesanan makanan nya tadi.Moga2 makcik inad dah siap masak.Perut dia kini ibarat gendang cina!

Haruman tomyam kini menyelubunginya.Kejap lagi,tamatlah riwayat kau tomyam!Akan aku hirup setiap titisan yang kau ada.Duduknya kini diperbetulkan.Sudu dan garfu dicapai.Bismillah.Dicedok kuah tomyam berasap itu.Alhamdulillah,tomyam itu memamg terasa pedas dan masamnya.Sekali lagi mata dia meliar.Ingin mencari lagi si baju kuning mata coklat.Tak perlu pandang jauh,memang dia ada di seberang sana.Betul2 depan mata.Mata ke tomyam semula.Sambil menghirup tomyam,bibir mengukir senyum.Entah kenapa,dia tak tahu.

'Ehem,hai'

Dia terkujat.Nasib tomyam pedas tu tak menyesakkan.Si baju kuning mata coklat kini bukan di depan mata seberang sana,mata coklat itu betul2 di depannya.

'eh,hai'

ingin diratahnya tomyam itu selaju mungkin biar dia boleh lari dari si baju kuning mata coklat.

'makanlah slow2.tak payah kelam kabut'

Serasanya si baju kuning ni duduk dengan kawanan lelakinya yang lain.Sibuk bercerita itu ini.Dah kenapa dia boleh sesat di sini pulak?

'em.yelah.jemput makan'

'takpelah,dah makan.Ni makan sensorang,kenapa?'

'roomate diet.Dia tak makan malam.'

'Oh,tulah.awak jangan mengada nak diet.Badan dah cekeding pun ada hati nak diet'

Senyum terpaksa diberi.Gaya mereka macam dah kenal lama.Rasa dia,lelaki ni dikenali sewaktu immersion antara sekolah dia dengan sekolah si baju kuning mata coklat ni.Dan kebetulan mereka satu kumpulan.Tak sangka jumpa lagi di varsiti yang kemungkinan mereka tercampak ke seantero dunia.

'budak pasum ke?'

Dia mula bicara,nak isi sunyi antara mereka.

'Taklah budak AAJ.'

'ohhh,fly jepunlah lepas ni.'

'insyaallah ada rezeki'

'patutlah pernah nampak.ingatkan ada gathering dengan kengkawan sekolah'

'oh.takdelah.Eh,kejap.Pernah nampak?kenapa tak tegur?'

Memang tak pernah umur dia akan tegur mana2 lelaki melainkan mereka itu satu sekolah dengan dia dulu.

'Nanti kalau tegur buat2 tak kenal,tak ke malu nanti.Terkujat sensorang kat situ'

'Eh,yang ni pun,main tegur je awak.Nasib awak kenal.Kalau tak mana tahu awak simbah tomyam tu kat saya.'

Dia perasan si baju kuning mata coklat perhati dia hirup tomyam tu.Alahai,pasti dia kelihatan gelojoh di mata lelaki itu.Ah,tomyam itu kegemarannya!

Semena-mena dia tersedak di depan si baju kuning mata coklat.Ni mesti angah menyebut mengutuk dia ni!Eiii.Spoil betul!Si baju kuning mata coklat pantas mengoffer jagung mambangnya yang ada separuh.Pantas dia tolak.Dia tarik botol air di sisi.Terus diteguk sopan.

'Tak minum air manis ke?'

'Taklah,tak minum ais.Baru baik demam.'

'La,yeke.Dah sihat ke ni?'

'insyaallah.Dah makan tomyam.Sihat lah tu kot.'

'oh.macam tu.'

Si baju kuning  mata coklat senyum dekat dia.Dia rasa panas tomyam dah pergi ke muka.

'saya pun nak makan tomyam ni lah nanti.Macam sedap.Awak nak teman saya?'

Dia rasa nak tersedak lagi.Si baju kuning mata coklat dah bukak kan tudung botol air tu.Alahai tomyam!!

p/s:tomyam inad superb!seresly.

ntahpapelah aku ni

Thursday, 27 September 2012

chase our dark days away




Assalamualaikum and hey!

ya.the title memang takde kena mengena dgn apa yang nk ditulis.Biasalah, you can never find the perfect tittle for everything. *at least for me* ahah.Just get real.For me,dalam hidup ni mana ada yang perfect.One second you laughed so hard,the next thing you know,you dah in jatuh-tersadung-tersembam-kena-lumpur-campur-bau busuk kind of situation kan.Haha,it is a bit exagerating.But hey,it is me kan?

Nah,lets get to the point.I just finished my lab report for chemistry.Ahah,for the forst time i am really proud of my work.not that i did it myself.tak!i copied my friend's .*kids,don't copy my attitude* I've done many of my lab reports myself,tapi none of them make me proud like this.Nak tahu kenapa?

Report chemistry kali ni,similar with the one that i used to do in school.Yes, it brings back all the good memories of my friends and me.Sounds cliche,but that what happened.When i was drawing the diagram where kita kena kumpul gas through the water diaplacement method tu kan,i remembered all the petty things that cikgu Ismail told us.He said that,bila kita nak lukis test tube with a stopper kita kena show sebahagian of the stopper.Kalau dia kedalam sangat,stopper tu longgarlah sebab tenggelam.And lagi..macam bila kita lukis test tube yang dlam besen tu,kita mesti make sure that the delivery tube betul2 dalam air.Haha.Kalau dulu,buat endah tk endah je semua benda tu.Nasib lepas je time periksa dulu.

And then,terbayang the situation dlm kelas kimia dulu.Kalau kita buat eksperimen tu,mesti cikgu mail explain how to do it.Over and over.Sampai kalau Shahir tanya banyak kali,pastu serasa macam he'd been repeatedly told us about it baru dia naik angin sikit..Haha!And then,bila kita start buat experiment tu,kita akan amek all the apparatus and chemicals dekat atas cupboard kat tepi2 tu.Kalau distilled water takde mintaklah sendiri dekat pakcik lab tu.Paling best yang buat experiment qualitative analysis tu.Memalam datang lab buat eksperimen.haha.Apa buang tebiat dtg memalam buat eksperimen kan?tapi,tulah kitorang :)

I remembered the time when kitorang lepas maghrib tu,aku,lala,flor,athin jalan sesama pegi lab.Aku pakai baju kurung biru aku.Pastu ondeway tu,aku membebel je, tak perasanlah suara aku kuat sangat.Dekat red tunnel tu aku cakap 'haih,pakai baju lelawa ni nak buat eksperimen.kotor nanti kang' *in a joking manner ok* pastu tgok lab chemistry dah ada dah cikgu mail tunggu kat situ and the rest of the class.Aku orang first masuk.

Dengan muka selamber

aku :assalamualaikum sir

Cikgu mail :waalaikumsalam.Takdelah lawa mana pun baju tu

Oh no!sir dengar aku membebel.Malulah siott.Aku gelak sensorang je pastu.Nasib diorang tak bahan aku malam tu.

Right now,aku gelak sendiri recalling these memories.Okey, terharu bila ingat balik time raya tahun tu.Cikgu mail kasi semua orang penanda buku pastu sir tulis belakang tu.. good luck for next year,maaf zahir batin pastu he wrote  9A+.heeehh..sir,i got 7A+ sir.okey kan?

Haha.nanti2 lah cerita lagi.it is really late now.Nasib esok kuliah pukul 10.heee.Kbhai!

p/s:buat eksperimen kat pasum best sebab sensorang,tapi tak best sbb lab repot dia leceh.3 jam okey aku spent tadi.

ntahpapelah aku ni