expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, 1 October 2012

tomyam sedap inad cafe


Dia pesan nasi putih,tomyam pedas sahaja dari inad cafe.Kedai makan yang selalu dia kunjung selepas maghrib untuk mengisi perut yang berkeroncong sejak petang tadi.Tomyam itu dia rasa paling sedap setakat ni berbanding jutaan menu yang makcik inad sediakan.Entahlah,mungkin kerana tekaknya hanya mampu menerima rasa pedas dan masam buat masa ni.

Diambil sebatang pensel dan secebis kertas yang sudah disediakan.Teliti dia menulis pesanannya satu persatu.Biar si tukang masak juga teliti dengan pesanannya.Bukan cerewet,cuma dia dah bosan bila si tukang jual mengcampur adukkan pesanan dia.Sungguh!

Senyuman ikhlas diberi tika menghulurkan kertas pesanan itu.Moga si tukang masak mendoakan yang baik2 buat dia.Langkah diatur rapi ke arah meja makan yang tersusun di kafe itu.Dia pilih tempat duduk yang majoritinya perempuan.Dia berseorangan,dia selesa begitu.

Telefon samsung yang baru 4 bulan digunakan itu berbunyi menandakan ada panggilan masuk.Lebar senyum dia bila baca nama pemanggil.Umahku.Panggilan dari ibu tentunya.

'assalamualaikum.'

'waalaikumsalam.kaklang sihat?'

belum apa2 lagi perihal kesihatan dia yang disoal.Mana taknya,sepanjang hujung minggu dulu dia habiskan dirumah gara2 demam yang tetiba menjengah ditambah dengan muntah teruk hingga lembik tubuh dia.

'alhamdulillah,kaklang sihat bu.Tengah beli makan ni'

'oh,yeke.ibu risau kaklang tak makan.Nanti perut masuk angin.Angin tu yang tak baik sampai muntah2 tu.'

'Ye bu,dah order dah ni.Tinggal nak ambil pastu makan je bu.'

'Yelah,kaklang makan elok2,kesihatan jaga.Awak tu nak belajar.Dah,ibu nak pegi ketuk angah pulak.Tak telefon sejak hari tu lagi.'

'okey bu'

'bye sayang.assalamualaikum'

'waalaikumsalam bu.bye.'

Senang hati dia dengar suara ibu.Hari ni saja dah 2 kali ibu telefon hanya nak tanya dia makan ke tidak.Hah.Silapnya sendiri sebab tak jaga aturan makannya dulu.

Pandangan ditebar ke sekitar kafe.Nampak sekumpulan budak perempuan sedang makan sambil bergosip.Alahai,kalau dia bersama kawan2 nya tentu perkara sama berlaku.Pandang ke satu sudut dia nampak si uda sedang berborak dengan si dara sambil menyedut bandung cincau yang dh tinggal sedikit tu.Bergelak ketawa bagai pasangan bahagia.Hah.Dia biarkan saja.Bukan mereka mengacau hidup dia.

Sedang asyik dia pandang satu persatu telatah manusia,dia turunkan pandangan bila matanya terpandang si baju kuning bermata coklat.Meja silver itu dipandang tekun,tak berganjak.Segala kesan kotoran yang tadi tidak kelihatan kini nampak seperti dah lama meja itu tak dikemaskan.Akhirnya dia memutuskan untuk mengambil pesanan makanan nya tadi.Moga2 makcik inad dah siap masak.Perut dia kini ibarat gendang cina!

Haruman tomyam kini menyelubunginya.Kejap lagi,tamatlah riwayat kau tomyam!Akan aku hirup setiap titisan yang kau ada.Duduknya kini diperbetulkan.Sudu dan garfu dicapai.Bismillah.Dicedok kuah tomyam berasap itu.Alhamdulillah,tomyam itu memamg terasa pedas dan masamnya.Sekali lagi mata dia meliar.Ingin mencari lagi si baju kuning mata coklat.Tak perlu pandang jauh,memang dia ada di seberang sana.Betul2 depan mata.Mata ke tomyam semula.Sambil menghirup tomyam,bibir mengukir senyum.Entah kenapa,dia tak tahu.

'Ehem,hai'

Dia terkujat.Nasib tomyam pedas tu tak menyesakkan.Si baju kuning mata coklat kini bukan di depan mata seberang sana,mata coklat itu betul2 di depannya.

'eh,hai'

ingin diratahnya tomyam itu selaju mungkin biar dia boleh lari dari si baju kuning mata coklat.

'makanlah slow2.tak payah kelam kabut'

Serasanya si baju kuning ni duduk dengan kawanan lelakinya yang lain.Sibuk bercerita itu ini.Dah kenapa dia boleh sesat di sini pulak?

'em.yelah.jemput makan'

'takpelah,dah makan.Ni makan sensorang,kenapa?'

'roomate diet.Dia tak makan malam.'

'Oh,tulah.awak jangan mengada nak diet.Badan dah cekeding pun ada hati nak diet'

Senyum terpaksa diberi.Gaya mereka macam dah kenal lama.Rasa dia,lelaki ni dikenali sewaktu immersion antara sekolah dia dengan sekolah si baju kuning mata coklat ni.Dan kebetulan mereka satu kumpulan.Tak sangka jumpa lagi di varsiti yang kemungkinan mereka tercampak ke seantero dunia.

'budak pasum ke?'

Dia mula bicara,nak isi sunyi antara mereka.

'Taklah budak AAJ.'

'ohhh,fly jepunlah lepas ni.'

'insyaallah ada rezeki'

'patutlah pernah nampak.ingatkan ada gathering dengan kengkawan sekolah'

'oh.takdelah.Eh,kejap.Pernah nampak?kenapa tak tegur?'

Memang tak pernah umur dia akan tegur mana2 lelaki melainkan mereka itu satu sekolah dengan dia dulu.

'Nanti kalau tegur buat2 tak kenal,tak ke malu nanti.Terkujat sensorang kat situ'

'Eh,yang ni pun,main tegur je awak.Nasib awak kenal.Kalau tak mana tahu awak simbah tomyam tu kat saya.'

Dia perasan si baju kuning mata coklat perhati dia hirup tomyam tu.Alahai,pasti dia kelihatan gelojoh di mata lelaki itu.Ah,tomyam itu kegemarannya!

Semena-mena dia tersedak di depan si baju kuning mata coklat.Ni mesti angah menyebut mengutuk dia ni!Eiii.Spoil betul!Si baju kuning mata coklat pantas mengoffer jagung mambangnya yang ada separuh.Pantas dia tolak.Dia tarik botol air di sisi.Terus diteguk sopan.

'Tak minum air manis ke?'

'Taklah,tak minum ais.Baru baik demam.'

'La,yeke.Dah sihat ke ni?'

'insyaallah.Dah makan tomyam.Sihat lah tu kot.'

'oh.macam tu.'

Si baju kuning  mata coklat senyum dekat dia.Dia rasa panas tomyam dah pergi ke muka.

'saya pun nak makan tomyam ni lah nanti.Macam sedap.Awak nak teman saya?'

Dia rasa nak tersedak lagi.Si baju kuning mata coklat dah bukak kan tudung botol air tu.Alahai tomyam!!

p/s:tomyam inad superb!seresly.

ntahpapelah aku ni

Thursday, 27 September 2012

chase our dark days away




Assalamualaikum and hey!

ya.the title memang takde kena mengena dgn apa yang nk ditulis.Biasalah, you can never find the perfect tittle for everything. *at least for me* ahah.Just get real.For me,dalam hidup ni mana ada yang perfect.One second you laughed so hard,the next thing you know,you dah in jatuh-tersadung-tersembam-kena-lumpur-campur-bau busuk kind of situation kan.Haha,it is a bit exagerating.But hey,it is me kan?

Nah,lets get to the point.I just finished my lab report for chemistry.Ahah,for the forst time i am really proud of my work.not that i did it myself.tak!i copied my friend's .*kids,don't copy my attitude* I've done many of my lab reports myself,tapi none of them make me proud like this.Nak tahu kenapa?

Report chemistry kali ni,similar with the one that i used to do in school.Yes, it brings back all the good memories of my friends and me.Sounds cliche,but that what happened.When i was drawing the diagram where kita kena kumpul gas through the water diaplacement method tu kan,i remembered all the petty things that cikgu Ismail told us.He said that,bila kita nak lukis test tube with a stopper kita kena show sebahagian of the stopper.Kalau dia kedalam sangat,stopper tu longgarlah sebab tenggelam.And lagi..macam bila kita lukis test tube yang dlam besen tu,kita mesti make sure that the delivery tube betul2 dalam air.Haha.Kalau dulu,buat endah tk endah je semua benda tu.Nasib lepas je time periksa dulu.

And then,terbayang the situation dlm kelas kimia dulu.Kalau kita buat eksperimen tu,mesti cikgu mail explain how to do it.Over and over.Sampai kalau Shahir tanya banyak kali,pastu serasa macam he'd been repeatedly told us about it baru dia naik angin sikit..Haha!And then,bila kita start buat experiment tu,kita akan amek all the apparatus and chemicals dekat atas cupboard kat tepi2 tu.Kalau distilled water takde mintaklah sendiri dekat pakcik lab tu.Paling best yang buat experiment qualitative analysis tu.Memalam datang lab buat eksperimen.haha.Apa buang tebiat dtg memalam buat eksperimen kan?tapi,tulah kitorang :)

I remembered the time when kitorang lepas maghrib tu,aku,lala,flor,athin jalan sesama pegi lab.Aku pakai baju kurung biru aku.Pastu ondeway tu,aku membebel je, tak perasanlah suara aku kuat sangat.Dekat red tunnel tu aku cakap 'haih,pakai baju lelawa ni nak buat eksperimen.kotor nanti kang' *in a joking manner ok* pastu tgok lab chemistry dah ada dah cikgu mail tunggu kat situ and the rest of the class.Aku orang first masuk.

Dengan muka selamber

aku :assalamualaikum sir

Cikgu mail :waalaikumsalam.Takdelah lawa mana pun baju tu

Oh no!sir dengar aku membebel.Malulah siott.Aku gelak sensorang je pastu.Nasib diorang tak bahan aku malam tu.

Right now,aku gelak sendiri recalling these memories.Okey, terharu bila ingat balik time raya tahun tu.Cikgu mail kasi semua orang penanda buku pastu sir tulis belakang tu.. good luck for next year,maaf zahir batin pastu he wrote  9A+.heeehh..sir,i got 7A+ sir.okey kan?

Haha.nanti2 lah cerita lagi.it is really late now.Nasib esok kuliah pukul 10.heee.Kbhai!

p/s:buat eksperimen kat pasum best sebab sensorang,tapi tak best sbb lab repot dia leceh.3 jam okey aku spent tadi.

ntahpapelah aku ni

Sunday, 22 July 2012

#DearCrush

i heard love is dangerous,once you fall you never get enough-Big Time Rush

16/7/2012
Ketua Kuliah:Ok semua,pukul 5 sampai 6 petang esok ada kelas ganti Dr Zaharah..k,sekian.

Budak A:alaaa...gilaaa lama kelas esokkkk!!!
Budak B:dah lah fizikk..bapak crammed otak aku esok,,waaa!!

17/7/2012
Perghh,dahlah kelas penuh dari pukul 8 sampai 5,tambah pulak kelas ganti..Haishh,ngantuklahh aku nanti.

Dalam Auditorium
2.00 petang

Kawan A:weyh,nak pinjam nota chemistry dulu punya
Kawan B:ok.. *hulur fail*
Kawan A:*buat benda lain*..

dushh! *fail jatuh*

Silent treatment diberikan sekejap in order nak redakan hati yang tengah panas.Sejam lecture tak bukak mulut pun..ngantuk haihhh.Sesekali mata mengusha orang kat depan ni.Oh, lelaki rupanya! kenapa baru perasan??!


3.00 petang
Calculus.


Attendance dah sampai kat tangan.Biasalah,dalam audi mmg semua orang pass attendance sheet tu.Ada markah kot.Gilo hapoo nak ilang markah dekat attendance??Kawan B passed the sheet dekat kawan A.Tak pandang muka pun.Haisshhh! Childish betul..hahHAha!


Suddenly,kawan B nampak attendance sheet tu dah nak sampai dekat the orang yg sit in front of her tu.


Kawan B's monologue;


Ni nanti mesti ada kes yang bagi balik dekat aku ni!i better get prepared nak signal the guy suruh pass ke orang row depan *kebiasaannya attendance sheet tu di pass dari depan ke belakang,but this time its other way around*


I told you so!But the moment the guy pandang belakang nak kasi the sheet, her heart skips a beat..*chewaahh*,tak mampu nak cakap pape,just jari je yang mengunjuk ke hadapan as a signal.The guy understood,and dia bersusah payah bangun and pass the sheet ke orang depan.Alahai,what's wrong with her??dup dap dup dap.She took her hand dekat dada.Ya Allah! laju kemain lagiii.. Since then mata yang mengantuk segar.Just by watching the guy silently from behind.


Kawan B's monologues;


hye awak! i think you made my heart skipped the actual ryhthm tadi.Awak perasan tak?Of course lah tak kan?Awak just nak pass attendance sheet tu dekat saya.Dahlah time tu awak tetiba je pusing,saya tak ready,tak senyum pun dekat awak time tu *rasanyalah,,peliss cakap awak nampak saya senyum*

Awak,awak ngantuk eh?Dah banyak kali saya tengok awak urut tengkuk awak.Awak ngantuk kan??Jangan tipuu~Ahaha.Saya pun ngantuk gak..TADI.Hihi! Tuan Haji tengah lecture kat depanlah..Awak!! FOKUS!!

  +alahai,kau cakap orang,kau pun tak fokus

  ~ehh,apahal..aku fokuslah

  +dok stalking orang time lecture tu fokuslah??

Okey,takpeee,,lagi 15 minit je lagi kelas nak habis..hihi.Yay!Tuan Haji dah buat #lawakhambar dia,means dah habis kelas dah.Hye awak!Tahniah sebab dah dapat mengumpul peminat baruu.*orang hensem cam awak takkanlah takde peminat lain kan?*cisciscis*Awak tahu tak?marah saya dekat kawan saya tadi dah hilang tahu!Awaklah sebabnya #ehh?? Anyways thanks :))Lagi satu kan, selalunya kalau time senggang nak tunggu lecturer masuk ni..saya mesti main Temple Run ke,dengar lagu ke..tido pun bole tahu!Tapi skang ni saya tak buat any of those.HIHI! *saya dok stalk awak..haishh mataa,mataaa!!*


By the way,saya sangaaatttttt sukaaaaaa baju awak kaler purple line putih tu.Comel betul warna dia.HAha!Pandai sape yang pilih baju tu.*pelislahh kata mak/ibu/mama/umi/mummy awak yang pilih..bukan gelfren awak..pelisss*HAHA..XD


Awak,Dr Abu Bakar dah masuk!Izinkan saya fokus ya!..ALAMAK!! saya tak bawak lah lecture notes diaaa..uhuhhhh..nak pinjam kawan,nampak gaya she's still in the silent mode,maknanyaaa..ehem! saya tengok lecture note awaklah ye!Kita share.Saya nampak je tulisan dia yang kecik2 tu.Jangan risau,mata saya elok,tak rabun..cuma awak jangan gerak2 kan kertas tulah..sebab nanti kepala awak ganggu.Macam mana saya nak baca?


Hish,awak tido pukul berapa semalam??penat sangat eh?Tapi comel je tengok awak senget kiri, kanan..haha.Kalau ada bantal entah awak dah lepak kot kat tangga audi tuu..hoho!Tapelah awak,saya nak kena faham circular motion ni,,harap awak tak ganggu saya,saya nak pandang slide..


Tengok tu!! Macam mana saya nak fokus ni kalau tetiba je kepala awak halang pandangan saya??Awak tu dah lah tinggi,kesianlah kat saya yang tak berapa nak tinggi ni.Dah tu awak jgn nak komplen kalau tetiba rambut awak tu somehow berlubang sebab saya pandang lamaaa gilaaa.Alahai,goodbye mr torque,, saya nak fokus dekat dia..

Habis dah kelas fizik... ape eh klas pas ni??Tak pentinglah,,sebab saya tahu apa kemungkinan jadi dekat saya..hmm:))

Okey awak!Azfar dah panggil suruh boys pergi surau tu,kejap lagi Dr Zahrah nak masuk.Cepatlah pergi,asar dah nak masuk.Nanti2 adalah modal nak rekemen awak dekat parents saya.:3...Ehh, awak ni!kenapa tak bangun lagi?Ramai kawan awak dh pegi tuu..ingatkan tadi nak bangun,tapi awak seluk phone! *cisciscis*

Dah sepuluh minit ni awak!Kang tak pasal2 saya tolak kerusi awak tu.Jangan tak tahu,kaki saya sampai tahu!Sekali saya tolak jatuk gedebak awak!Cepattt!!!.lagi satu takut ada kes girls buang tebiat tetiba nak tarik telinga ntah sapa-sapa ntah.......Alahai,awak ni tak nak bangun ke??.Harap bila awak balik kolej nanti awak terus solat eh?Jangan lencong-lencong tahu!

Ehh,awakkkk..ada dua girls yang duduk seat depan tu amek gamba awakk!! Awakk,,jangann!!Takkan awak tak perasan??Obvious gilaa kott!!Bapaklah dorang,daring gilaaaa~tapi saya kenal girls tu,dorang memang selalu je usha the guys.Habislah,awak dah jadi mangsa dorang..Haishh!Yang girls tu pulak,kenapa tak bawak je kamera nikon,DSLR tu je?Gamba lagi clear *perli ni,perli ni!*

Alahai,tulah awakk.Saya dah suruh awak pegi surau,awak tak pegi.Kan sekarang ni awak penat2 nk tundukkan muka ensem tu mengalahkan orang Jepun yang kasi salam hormat je..Kertas calculus yang awak buat tak heran je tadi,tekun pulak awak baca eh??*perli lagi ni*Hishh,girls ni.tunjuklah korang ni jenis yang sopan sikit..nak minat orang senyap2 je.Tayah nak amek gambar bagai.Macam aku ni,aku manalah perasan pun dia ni macam mana rupa dia.Kalau ada jodoh barulah jumpa..Ahaks..*aicehh*

Fuhh,nasib baik the other guys dah balik dari solat and Dr Zahrah pun dah sampai..HAha!Jom study works,energy and kinematics!Ehh,awak ni.kenapa keluar phone?Oooo,,awak panggil your mother ibu eh?Samelah kitaa! tapi saya panggil ayah saya ayah,bukan abah macam awak.Baguslah awak ni,haha!Saya nampak sebijik2 nama yang awak scroll tu.Nasib nama lelaki je saya jumpa..AHaha!*bapak kelakar stalk phone orang*-tulah kelemahan phone skang ni,skrin besar tade privasi,orang belakang pun bole nampak-

Lamanya awak keluar phone....dekat contacts je..Awak nak number saya eh??HAHahH!!Tapi saya celcom,harap awak pun celcom :))Hihi..awak, ape eh tadi Dr Zahrah cakap?Saya tak dengarlah..wuwuuu~balik ni memang kena study hard ni!

Awak,kelas dah nak habis.4 jam kita duduk dalam audi ni.Saya pun dah terketar-ketar sejuk ni.Maklumlah orang tak banyak lemak.*ape kaitan?* Saya mintak maaf kalau saya buat awak tak selesa tahu!Saya cakap semua ni dalam hati je.Tapi kan,lepas ni saya harap awak pulak yang duduk belakang saya,biar awak rasa apa yang saya rasa..some kind of disturbance tahu!...baru padan muka awak!

Bye awak! I got a new hobby after this..looking out for you.So, you better watchout! *again,ape kena -mengena*So long..ada jodoh saya jumpa awak lagi.And maybe at that time,Allah has planned a better fate for both of us <3

Tamat monologue Kawan B~

It's kind of cheesy.HAHa! Happy Ramadhan al-Mubarak:)) Kbhai!

Ntahpapelah aku ni.

Saturday, 14 July 2012

we jump then fall and jump again

-Apa guna kau keras mencuba,kalau akhirnya hanya sia-sia?jika kau keras mencuba tapi bagimu sia-sia,maka itu bukan akhirnya.-

Assalamualaikum dear readers..and hi *sambil lambai2 tangan*
Faham tak ayat yang atas sekali tu?Im not trying to become a philoshopher.It is just a common-ordinary-normal things that we might encounter in our everyday lives.Here's a story to tell,,

   as some of you might know,right now im dwelling with the hardship in foundation in science,University Malaya.HAhah!Like seriously.Only a month here,but it felt like im dealing with stuffs for a really long time.All the things that making me mad,such as tutorials,lab reports,tests and so on.Well,my dearest readers...sincerely,sayaaa amaaatt susaah nak adapt dekat sini.Not with the lifestyle-no!& *setakat duduk dekat kolej yang tade curfew,warden bagai tu..idokk makne je weyh* Its about dealing with the pembelajaran.Haha!I just realized that time secondary dulu,i was just too laid back.Taking things lightly.Things like that.Before this i thought that i can handle things dekat sini. *siap konon nak cari pakwe lettuw..Hahah!*

  Kalau dulu,kita mengopy someone else's work,at least kita paham sebab,i was on that particular class..so,i know bout things yang diajar.Even kalau kita slept all the way.kan?kan??But now,duduk dalam lecture hall,pegang pen.keluarkan kertas,pandang slide,read every words on that slide...but,cengkerik je yang kedengaran,segala apa yg dilecturekan passed by mcm angin lalu je.Ya Allah,jasad kat situ..tapi where didi my mind go?Kenapa i could not understand anything?It was like the lecturer just said something in Russian and i don't have the google translate with me!!

  Dulu,bila cikgu tanya, 'Faham tak?' i would say yes..sebab the teacher,teaching us step by step.Im the show-me-the steps-then-ill-do-okay- kind of learner.For instance basics physics 1 FMAX0111.During lecture,the doctor wont show you the step by step thingy.They expect you to already know bout it.Bukan pada fizik je tapi tu all the courses.Ada this one time,i slept for the whole one hour during calculus.physics too.

   But,my aim is to get the 4 flat.Even tak bole pun,i'll score more or equals to 3.8.Nak tahu sebab apa?? *my angah is 3.8* That's why.So,after this insyaallah,ill try my best untuk paham the subjects,make sure that im able to do the tutorials alone. *alhamdulillah i got tutors yang osem lg baik.Terutamanya cik hafizah.physics looks easy when it comes to her.

  So,berbalik dengan the ayat yang atas tu.At first we might think to give up bila kita rasa theres no hope in doing that particular thing.Rasanya macam sia2.Tapi kita harus tahu,tak ada satu pun yang sia-sia asalkan tidak berlanggar syariat.Jika kita rasa ending something tu is just a waste of time,money,energy...you are wrong..itu belum akhirnya!

 So readers,jom kita cari pelangi yang indah selepas hujan.Kalau takde...kita buat hujan sendiri jelah..HAhahh!Kbhai

p/s:do pray for my friends and me dekat PASUM ok!