expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday 19 October 2013

cekodok?

Salam.
Tak pandai ah nak tulis lagi. Clueless nak tulis apa. Pernah rasa tak macam ni? Of course pernah, tipu ah tak pernah.

Kalau dulu time sekolah, kalau masa buat karangan tu lah paling syok sebab ada je benda nak tulis. Kengkawan siap nak pinjam lagi kot (buat rujukan lah konon- padahal copy sebijik-sebijik. Just tukar perkataan je). Tapi the main point is, saya ada idealah sampai orang lain nak copy bagai. Thus, tercetuslah title yang langsung tak ada kena-mengena dengan entry ni.

Tapi nak ikutkan ada lah jugak kena-mengena. Just tak banyak. Hari tu U saya ada buat satu program nama dia 'sembang cekodok'. (serius nama dia sembang cekodok). Semua pelajar dijemput hadir. Ada goodies diberi, makanan percuma and kemunculan Imam Muda Asyraf and Fizo Omar. Yada yada, semua orang nak datang sebab Fizo Omar. No butthurt please. Tak ada nak condemn sesiapa pun. Saya nak cakap yang niat saya datang tu semata-mata nak makan free. Hehz.

Dan saya tak dapat makan free. Case is closed. 

And disebabkan saya tak dapat makan free malam tu (due to some reasons). Ada orang belanja saya KFC. Dan gladly i accepted it. Orang beri kita menerima. Thanks awak yang manisss. 


Raya korban hari tu, saya betul-betul merasa mengorbankan sesuatu yang sangat berharga. Si Mok. Kucing comel yang paling saya suka dalam batch dia (generasi ketiga). Angah nak bagi Mok dekat pengarang jantung dia. Sebab pengarang jantung dia pun suka Mok. Abeh den ni canno? Den nak jugak main Mok ha tiap kali den balik cuti? Ekau tak kesian apo kek den ni ha? (okey, nampak sangat patah hati dekat situ)

Angah balas, takpelah. Ni kan pengorbanan.

Sebelum Mok dibawa pergi, sempat ambil satu dua gamba. Mula-mula tu tak ada feeling pun nak lepaskan Mok. Tapi bila tahu Mok dah tak ada kat situ. Meleleh jugak setitis dua air mata ni. Ibu kata, alah, takpelah.Kan ada lagi sebelas ekor ni. 

Yang sebelas ni tak sama dengan Mok yang satu.



Minggu depan ada tiga test. Life process, bio population and introduction to the earth. Test introduction to earth hari tu saya dapat lulus takat hidung mancung je ni ha. Tapi kira exception ah kot, sebab saya tak tahu langsung akan ada test hari tu. (more to tak ingat kot). Naik bas je tetiba nampak kawan rajin baca nota.


Awat rajin hang baca nota dr Aye ni?

Hari ni kan ada test.

Ehh, sirius lee?

Kau tak tahu ke?

Senyap 30 saat.

Come on. Cerita dekat aku Big Bang, and The Solar System bagai.

Ok. Masuk minerals jugak tau.

I'm so dead.

Muka dah buat terperanjat habis dah ni. Kalau keluar iklan dah kena tampal dah. Tak sanggup orang nak tengok. Kot-kot tengah makan muka tu keluar tv, tercekik segala makanan yang ada dekat kerongkong tu ha. Sila facepalm sebelas kali.

Maaflah, tahun ni baru 9 entry je yang mampu buat. Now its October. Jadi rekod kot nanti, less than 15 entries per year.. Hahaha.


Ntahpapelah aku ni