expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday 30 August 2013

a little something


watch Improv Everywhere on youtube. You'll get what i'll talk about.

Bayangkan anda baru habis kelas. Baru lepas penuhkan otak dengan segala ilmu yang dicurahkan lima minit lepas. Berfikir, bilalah masa aku nak apply segala benda tu dalam hidup.

Boleh bayangkan?

Masa tengah jalan tu, mungkin menuju ke tempat perhentian bas. Atau bagi sesiapa yang punya kenderaan, menuju ke tempat letak kereta mungkin.

Dan dalam perjalanan anda ke situ, dengan penuh pening di kepala. Hanya bayangkan katil yang tersedia menunggu anda untuk merasmikannya... tiba-tiba...

Orang awam yang rawak memetik skrip dari trilogy terkenal Lords Of The Rings.. dan melaung..

"One does not simply enters Mordor"

Dan  seorang lagi orang awam nun jauh di hujung anda berteriak pula,

"You shall not pass!!."

Orang awam itu lengkap berjanggut dan memegang sebatang tongkat putih. Dalam kepala anda sudah terbayang aksi Gandalf The Grey menghalang Raksasa dari mengapa-apakan pembawa cincin ke Mordor.

Dan dalam diam itu, sambil mereka mementaskan drama sebabak dengan beberapa lagi 'orang awam', anda membutirkan senyum. Lupa segala beban yang melanda. Memikirkan, adanya kalian yang boleh buatkan ku ketawa.

Bukan anda seorang sahaja, malah turut ada penonton yang mengeluarkan telefon pintar masing-masing untuk merakam kejadian yang jarang sekali berlaku itu.

Apabila anda dengar ayat...

"Mr. Frodo. Don't do it." .. anda tahu Frodo dan Sam sudah di tebing gunung berapi Mordor. Dan ini kemuncaknya..

Suspens melanda kawasan sekitar anda. Dan anda dengar Smeagol menjerit..

"My precious!!" dengan teriakan seolah seluruh tubuhnya terbakar, dan orang menjerit keriangan. Middle Earth sekarang aman...

Orang ramai memberi tepukan yang gemuruh. Anda tentu sekali. Dan kini anda masih tersenyum. Meneruskan perjalanan ke arah kenderaan anda. Mengharapkan, ramai lagi 'orang awam' yang akan menceriakan hari anda.

That is how good Improv Everwhere is, and I hope, somebody in Malaysia can do it too.

Be nice too people. They'll appreciate that.