expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday 1 October 2012

tomyam sedap inad cafe


Dia pesan nasi putih,tomyam pedas sahaja dari inad cafe.Kedai makan yang selalu dia kunjung selepas maghrib untuk mengisi perut yang berkeroncong sejak petang tadi.Tomyam itu dia rasa paling sedap setakat ni berbanding jutaan menu yang makcik inad sediakan.Entahlah,mungkin kerana tekaknya hanya mampu menerima rasa pedas dan masam buat masa ni.

Diambil sebatang pensel dan secebis kertas yang sudah disediakan.Teliti dia menulis pesanannya satu persatu.Biar si tukang masak juga teliti dengan pesanannya.Bukan cerewet,cuma dia dah bosan bila si tukang jual mengcampur adukkan pesanan dia.Sungguh!

Senyuman ikhlas diberi tika menghulurkan kertas pesanan itu.Moga si tukang masak mendoakan yang baik2 buat dia.Langkah diatur rapi ke arah meja makan yang tersusun di kafe itu.Dia pilih tempat duduk yang majoritinya perempuan.Dia berseorangan,dia selesa begitu.

Telefon samsung yang baru 4 bulan digunakan itu berbunyi menandakan ada panggilan masuk.Lebar senyum dia bila baca nama pemanggil.Umahku.Panggilan dari ibu tentunya.

'assalamualaikum.'

'waalaikumsalam.kaklang sihat?'

belum apa2 lagi perihal kesihatan dia yang disoal.Mana taknya,sepanjang hujung minggu dulu dia habiskan dirumah gara2 demam yang tetiba menjengah ditambah dengan muntah teruk hingga lembik tubuh dia.

'alhamdulillah,kaklang sihat bu.Tengah beli makan ni'

'oh,yeke.ibu risau kaklang tak makan.Nanti perut masuk angin.Angin tu yang tak baik sampai muntah2 tu.'

'Ye bu,dah order dah ni.Tinggal nak ambil pastu makan je bu.'

'Yelah,kaklang makan elok2,kesihatan jaga.Awak tu nak belajar.Dah,ibu nak pegi ketuk angah pulak.Tak telefon sejak hari tu lagi.'

'okey bu'

'bye sayang.assalamualaikum'

'waalaikumsalam bu.bye.'

Senang hati dia dengar suara ibu.Hari ni saja dah 2 kali ibu telefon hanya nak tanya dia makan ke tidak.Hah.Silapnya sendiri sebab tak jaga aturan makannya dulu.

Pandangan ditebar ke sekitar kafe.Nampak sekumpulan budak perempuan sedang makan sambil bergosip.Alahai,kalau dia bersama kawan2 nya tentu perkara sama berlaku.Pandang ke satu sudut dia nampak si uda sedang berborak dengan si dara sambil menyedut bandung cincau yang dh tinggal sedikit tu.Bergelak ketawa bagai pasangan bahagia.Hah.Dia biarkan saja.Bukan mereka mengacau hidup dia.

Sedang asyik dia pandang satu persatu telatah manusia,dia turunkan pandangan bila matanya terpandang si baju kuning bermata coklat.Meja silver itu dipandang tekun,tak berganjak.Segala kesan kotoran yang tadi tidak kelihatan kini nampak seperti dah lama meja itu tak dikemaskan.Akhirnya dia memutuskan untuk mengambil pesanan makanan nya tadi.Moga2 makcik inad dah siap masak.Perut dia kini ibarat gendang cina!

Haruman tomyam kini menyelubunginya.Kejap lagi,tamatlah riwayat kau tomyam!Akan aku hirup setiap titisan yang kau ada.Duduknya kini diperbetulkan.Sudu dan garfu dicapai.Bismillah.Dicedok kuah tomyam berasap itu.Alhamdulillah,tomyam itu memamg terasa pedas dan masamnya.Sekali lagi mata dia meliar.Ingin mencari lagi si baju kuning mata coklat.Tak perlu pandang jauh,memang dia ada di seberang sana.Betul2 depan mata.Mata ke tomyam semula.Sambil menghirup tomyam,bibir mengukir senyum.Entah kenapa,dia tak tahu.

'Ehem,hai'

Dia terkujat.Nasib tomyam pedas tu tak menyesakkan.Si baju kuning mata coklat kini bukan di depan mata seberang sana,mata coklat itu betul2 di depannya.

'eh,hai'

ingin diratahnya tomyam itu selaju mungkin biar dia boleh lari dari si baju kuning mata coklat.

'makanlah slow2.tak payah kelam kabut'

Serasanya si baju kuning ni duduk dengan kawanan lelakinya yang lain.Sibuk bercerita itu ini.Dah kenapa dia boleh sesat di sini pulak?

'em.yelah.jemput makan'

'takpelah,dah makan.Ni makan sensorang,kenapa?'

'roomate diet.Dia tak makan malam.'

'Oh,tulah.awak jangan mengada nak diet.Badan dah cekeding pun ada hati nak diet'

Senyum terpaksa diberi.Gaya mereka macam dah kenal lama.Rasa dia,lelaki ni dikenali sewaktu immersion antara sekolah dia dengan sekolah si baju kuning mata coklat ni.Dan kebetulan mereka satu kumpulan.Tak sangka jumpa lagi di varsiti yang kemungkinan mereka tercampak ke seantero dunia.

'budak pasum ke?'

Dia mula bicara,nak isi sunyi antara mereka.

'Taklah budak AAJ.'

'ohhh,fly jepunlah lepas ni.'

'insyaallah ada rezeki'

'patutlah pernah nampak.ingatkan ada gathering dengan kengkawan sekolah'

'oh.takdelah.Eh,kejap.Pernah nampak?kenapa tak tegur?'

Memang tak pernah umur dia akan tegur mana2 lelaki melainkan mereka itu satu sekolah dengan dia dulu.

'Nanti kalau tegur buat2 tak kenal,tak ke malu nanti.Terkujat sensorang kat situ'

'Eh,yang ni pun,main tegur je awak.Nasib awak kenal.Kalau tak mana tahu awak simbah tomyam tu kat saya.'

Dia perasan si baju kuning mata coklat perhati dia hirup tomyam tu.Alahai,pasti dia kelihatan gelojoh di mata lelaki itu.Ah,tomyam itu kegemarannya!

Semena-mena dia tersedak di depan si baju kuning mata coklat.Ni mesti angah menyebut mengutuk dia ni!Eiii.Spoil betul!Si baju kuning mata coklat pantas mengoffer jagung mambangnya yang ada separuh.Pantas dia tolak.Dia tarik botol air di sisi.Terus diteguk sopan.

'Tak minum air manis ke?'

'Taklah,tak minum ais.Baru baik demam.'

'La,yeke.Dah sihat ke ni?'

'insyaallah.Dah makan tomyam.Sihat lah tu kot.'

'oh.macam tu.'

Si baju kuning  mata coklat senyum dekat dia.Dia rasa panas tomyam dah pergi ke muka.

'saya pun nak makan tomyam ni lah nanti.Macam sedap.Awak nak teman saya?'

Dia rasa nak tersedak lagi.Si baju kuning mata coklat dah bukak kan tudung botol air tu.Alahai tomyam!!

p/s:tomyam inad superb!seresly.

ntahpapelah aku ni